Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

SEJARAH PENUBUHAN

Duduk dari kiri: Haji Ismail b. Daud, Haji Abdul Majid b. Ahmad (Setiausaha), Datuk Haji Salleh b. Haji Mohd Akib (Yang Dipertua / Pengerusi),  Haji Wan Sulaiman b. Wan Yusoff (Bendahari) Haji Abu Hassan b.Musa Berdiri dari kiri: Haji Muhammad b. Abdul Rahman, Haji Abdul Ghani b.Mat, Haji Mohd Noor b. Ismail, Haji Idris b. Muhamood, Haji Abdul Rahman b. Awang Besar, Haji Amry b. Jaafar
 

Satu perjumpaan telah diadakan pada 4 Jun 1992 jam 10.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Langgar Kota Bharu. Perjumpaan dihadiri oleh 32 orang daripada beberapa jajahan bagi mengadakan perbincangan dan mengambil beberapa ketetapan dengan dipengerusikan oleh Tuan Haji Yasin bin Dad dari Bachok. Setelah berbincang panjang lebar tentang keperluan mengadakan persatuan serta baik buruknya jika ditubuhkan dan pada akhirnya ketetapan telah dibuat iaitu:-



1. Bersetuju menubuhkan sebuah persatuan bagi kumpulan ini.

2. Pada peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.

3. Yuran hendaklah dipermudahkan., jika boleh biarlah sekali bayar sahaja.

4. Keahlian terbuka bagi bekas pendidik dan kaki tangan pendidikan yang bersara

5. Bagi memulakan kewangan Tuan Haji Zakari Haji Muda memberi sumbangan
    sebanyak RM500.00.



Pesara pendidik yang hadir telah menunjukkan semangat yang tinggi mahu persatuan ini ditubuhkan segera. Ini dapat diperhatikan daripada perbincangan yang berlangsung dan kesanggupan membayar yuran bahkan Tuan Haji Zakaria b. Haji Muda sanggup mengeluarkan segera wang sumbangan peribadinya untuk memujuk negeri lain supaya turut sama menubuhkan persatuan peringkat negeri masing-masing. Selepas itu akan diusahakan pula bagi penubuhan peringkat pusat. Pada akhir perjumpaan pada hari itu bersetuju memilih dan melantik sebuah Jawatankuasa Penaja. Mereka itu adalah seperti berikut:-


Penasihat:                           YABrs. Pengarah Pendidikan Kelantan
Yang Dipertua:                    Haji Salleh bin Mohd Akib

Tim.Yang Dipertua:             Haji Wan Ibrahim b. Haji Wan Ismai

Naib YDP 1:                        Haji Abu Hassan b.Musa

Naib YDP 2:                        Haji Ibrahim b. Ngah

Setiausaha Agung:             Haji Mohd Yasin b. Daud

Pen.Setiausaha Agung:      Haji Zakaria b. Mohamad

Bendahari:                          Hji Zakaria b. Haji Muda

Jawatankuasa:                    Haji Ismail b.Ibrahim (Kota Bharu)

                                            Haji Mohd Noor b. Mohamed (Bachok)

                                            Haji Nik Abdullah b. Musa (Pasir Puteh)

                                            Haji Mohamed b. Taib (Machang)

                                            Haji Mohd Noor b. Ismail (Tumpat)

                                            Haji Jaafar b. Mohamed(Tanah Merah / Jeli)

                                            En. Musa b. Ahmad (Pasir Mas)

                                               

PENUBUHAN PERINGKAT KEBANGSAAN




Usaha terus dijalankan oleh ahli secara perseorangan dan menerusi Setiausaha Penaja menghubungi dan memujuk kawan-kawan dari negeri yang lain supaya turut sama berusaha menubuhkan persatuan seperti ini di negeri masing-masing. Rakan-rakan di Selangor telah memberi kesanggupan yang amat menggalakkan dengan bersetuju menjadi ahli tuan rumah bagi mengadakan satu perjumpaan dan akan menjemput rakan pesara pendidikan dari semua negeri menghairinya. Perjumpaan ini dapat diadakan pada 2 Ogos 1992 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah Utama Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Perjumpaan pertama dan bersejarah itu telah dihadiri wakil dan 9 buah negeri, mereeka telah mengambil persetujuan menubuhkan peringkat kebangsaan sebagai induk bagi tiap-tiap buah negeri menubuhkan peringkat negeri masing-masing.


Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan terdiri daripada:-



Presiden:                             Dr Atan b. Long (Selangor / Johor)

Tim.Presiden:                      Haji Sajari b. Sujak ((Selangor)

Naib Presiden I:                   Haji Salleh b. Mohd Akib(Kelantan)

Naib Presiden II:                  Haji Nasir b. Syariff (Pulau Pinang)

Setiausaha Agung:              Haji Abdul Manan b.Mohd Noor (Selangor)

Pen. S/usaha  Agung I:       Haji Mohd Yasin b. Daud (Kelantan)

Pen.S/usaha Agung II:        Haji Zainal b.Sidek (Selangor)

Bendahari Agung:               Haji Ahmad b Busu

Penolong Bendahari:          Haji Baharin b. Mohd Lazim (Negeri Sembilan)

Ahli Jawatakuasa:                   Haji Wan Ibrahim b. Haji Wan Ismail (Kelantan)

                                                Haji Zakaria b Mohamed (Kelantan)

                                                En. Hamzah b. Jaus (Selangor)

                                                Haji Abdullah b. Hassan (Pahang)

                                                Haji Ibrahim b. Ali (Pahang)

                                                EnRiduan b. Haji Idris (W.Persekutuan)

                                                En.Sulaiman b Samad (N.Sembilan)

                                                EnSamian b. Saman( Johor)

                                                Haji Abu Bakar b. Mat Yasin (Perlis)

                                                En.Mohd Noor b. Sidek (Pulau Pinang)



Perjumpaan pertama itu juga bersetuju melantik 2 orang wakil dari setiap negeri untuk menduduki Jawatan Peringkat Pusat.



PERASMIAN PENUBUHAN PERINGKAT KEBANGSAAN (PBPPPM)




Proses penyediaan perlembagaan dan segala peraturan yang berkaitan telah diusah oleh jawatankasa penaja kebangsan. Selepas itu Mesyuarat Agung Penubuhan telah diadakan pada hari Ahad 30 Mei 1994 jm 2.30 petang di Dewan Maktamar, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis itu dirasmikan oleh YB Datuk Amar Dr Haji Sulaiman b. Daud, Menteri Pelajaran Malaysia Majlis tersebut dihadiri lebih 500 orang perwakilan, pemerhati dan dif jemputan.

Majlis mesyuarat ini dipegerusikan oleh Naib Presiden I kerana Presidenn telah kembali ke rahmatullah dan Timbalan Presiden uzur. Mesyuarat telah memilih Tann Sri Datuk Dr Awanng Had b. Salleh sebagai Presiden. Kelantann telah menghantar wakil seramai 26 orang iaitu 3 orang pegawai 10 orang perwakilan dan 13 orang pemerhati.


PERASMIAN PENUBUHAN PBPPPM NEGERI KELANTAN.



Berkat usaha kuat Ahli Jawatankuasa Penaja Negeri Kelantan telah didaftar dengan yran sebanyak RM 55.00 seorang seumur hidup. Tiap-tiap jajahan telah menunjukkan minat menjadi ahli. Pada peringkat awal ahli-ahli adalah seperti berikut: